PUTRAJAYA: Laporan akhir berhubung insiden gangguan bekalan air di sebahagian kawasan Kedah dan Pulau Pinang akan dimuktamadkan pertengahan bulan ini, demikian menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
SPAN dalam kenyataan hari ini berkata suruhanjaya itu telah mengadakan sesi dialog dengan pihak berkepentingan dan melawat lokasi insiden bagi mendengar taklimat pengoperasian daripada wakil operator bekalan air serta badan pengurusan sumber air negeri.
"SPAN akan meneliti setiap maklum balas yang diterima dari segenap sudut berhubung insiden berkenaan dan seterusnya mengesyorkan langkah-langkah penambahbaikan yang wajar dipertimbang dan dilaksanakan," menurut kenyataan itu.
SPAN berkata ahli Jawatankuasa Teknikal Khas (JKTK), yang ditubuhkan bagi meneliti dan mengemukakan penyelesaian berhubung gangguan bekalan air mentah di kedua-dua negeri terbabit, juga telah diberi taklimat oleh wakil operator bekalan air serta badan pengurusan sumber air negeri berkenaan senario, impak serta langkah pencegahan.
Taklimat telah diberikan Syarikat Air Darul Aman, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan badan pengurusan air mentah iaitu Lembaga Sumber Air Negeri Kedah dan Badan Kawal Selia Air Pulau Pinang.
Pada 14 Mei lepas, media melaporkan paras air di Sungai Muda, Kedah menunjukkan penurunan secara mendadak di bawah paras satu meter yang berpunca daripada kerosakan pintu kawalan air Sungai Muda, sekali gus menjejaskan pengeluaran di loji rawatan air (LRA) Sungai Dua.
Susulan itu, SPAN menubuhkan JKTK bagi meneliti dan mengemukakan penyelesaian berhubung gangguan bekalan air mentah di kedua-dua negeri terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 09 2023
Pada 14 Mei lepas, paras air di Sungai Muda menunjukkan penurunan secara mendadak di bawah paras satu meter yang berpunca daripada kerosakan pintu kawalan air Sungai Muda, sekali gus menjejaskan pengeluaran di loji rawatan air. - Gambar fail
Pengguna iOS 17.5 dapati lama dipadam muncul kembali
Mereka terkejut melihat gambar yang telah bertahun dipadam, tiba-tiba muncul sebagai gambar yang baru dimuat naik ke iCloud.
#AWANIByte: Huawei perkenal inovasi terbaharunya WATCH FIT 3 dan MateBook X Pro
Huawei dengan bangga memperkenalkan dua produk revolusioner iaitu HUAWEI WATCH FIT 3 dan HUAWEI MateBook X Pro 2024, menandakan lembaran baharu dalam gabungan fesyen dan teknologi dalam pasaran boleh pakai.
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan miliki syabu
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan bersama 5,203 gram dadah jenis syabu di Serembah, Ahad lepas.
Konsortium umum tawaran bersyarat bagi MAHB
Gateway Development Alliance dan para pemegang sahamnya (secara bersama dikenali sebagai Konsortium) mengumumkan tawaran sukarela prasyarat bagi mengambil alih semua saham dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang belum dimiliki Konsortium itu, pada harga tawaran sebanyak RM11.00 bagi setiap saham.
PM Singapura baharu: Menilai dinamik hubungan dua hala
Era kepimpinan di Malaysia dan Singapura sudah berubah. Bagaimana ini mencerminkan hubungan dinamik dua hala yang amat memerlukan satu sama lain? Dr. Ahmad martadha berkongsi pandangan.
Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Mei 2024
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang dijadual diumumkan lewat Rabu adalah penting untuk membuat keputusan mengenai kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) pada masa akan datang.
Prestasi ringgit setakat 16 Mei 2024
Pada penutup dagangan setakat 14 Mei 2024, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Apa angka ekonomi suku pertama dan maknanya?
Apakah jangkaan angka ekonomi suku pertama 2024 dan apakah maknanya kepada rakyat terbanyak? Adakah penstrukturan ekonomi yang sedang dijalankan kini membuahkan memberikan kesan? Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkongsi pandangan.
Kos sara hidup meningkat, cabaran golongan muda simpan untuk haji
Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, bagaimanakah golongan mudah boleh menyimpan untuk melaksanakan ibadah haji? Bagaimana untuk mencapai keseimbangan kewangan yang diperlukan dalam mencapai hasrat berkenaan.
Singapura dijangka kekal stabil meskipun tidak lagi dipimpin keluarga Lee - Penganalisis
Seperkara yang perlu kita beri kredit kepada kepimpinan di Singapura ialah peralihan pemimpin yang sistematik.
Masalah teknikal di LRA Batu Feringghi, bekalan air beberapa kawasan terjejas
Loji Rawatan Air (LRA) Batu Feringghi mengalami masalah teknikal sehingga menyebabkan beberapa kawasan mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air hari ini.
1,238 penghuni PPR, RSK Johor diberi notis kosongkan rumah - Exco
Seramai 1,238 penghuni PPR dan RSK di Johor telah diberi notis selama 14 hari untuk mengosongkan kediaman mereka setelah didapati melanggar syarat dan terma ditetapkan.
KDN pilih Mini Amazon Malaysia, Kampung Beng, sebagai Kampung Angkat MADANI
Kampung Beng, yang terkenal sebagai Mini Amazon Malaysia, telah dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Hari Ibu di Gaza: Kehilangan, pemindahan dan kelaparan
Dalam khemah yang serba daif, para ibu Palestin terpaksa menanggung tragedi yang tidak terungkap di kawasan Al-Mawasi yang bukan
103 projek bekalan air Pahang libatkan kos RM121.2 juta telah disiapkan
Sebanyak 103 projek pembangunan bekalan air Pahang membabitkan kos sebanyak RM121.2 juta telah disiapkan setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.
Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Zambry beri jaminan isu air UMS ditangani segera
Zambry berkata, terdapat beberapa isu yang menyebabkan krisis air di sekitar kawasan UMS masih belum dapat diselesaikan.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.